
TUMPAT, 5 Julai – Seorang lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara selepas dipercayai menerima upah RM50 bagi setiap penghantaran untuk membawa beras yang disyaki diseludup dari Thailand di Kampung Teluk Jering, Pengkalan Kubor, semalam.
- Suspek berusia 21 tahun ditahan kira-kira pukul 4.45 petang ketika rondaan motosikal Op Taring Wawasan Kelantan.
- Pemeriksaan kenderaan menemui 1,000 kilogram beras yang disyaki diseludup melalui laluan tidak diwartakan.
- Suspek mengaku menghantar beras ke Bachok menggunakan kenderaan milik bapa saudaranya.
- Sebuah kenderaan dirampas; nilai keseluruhan rampasan RM14,750; kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994.
Suspek berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.45 petang ketika anggota menjalankan rondaan motosikal dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan 1,000 kilogram beras yang dipercayai diseludup dari Thailand melalui laluan tidak diwartakan.
“Suspek mendakwa mengambil kenderaan yang telah diisi dengan beras di Kampung Teluk Jering sebelum menghantarnya ke Bachok menggunakan kenderaan milik bapa saudaranya.
“Dia juga mengaku menerima upah RM50 bagi setiap penghantaran,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, turut dirampas sebuah kenderaan dengan keseluruhan nilai rampasan RM14,750.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi dan Beras Negara 1994.