Op Kutip: JIM tahan 200 PATI di sekitar pasar Cheras

200 PATI antara yang ditahan dalam Operasi Kutip

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Seramai 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Kutip, operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar pasar malam Cheras, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi memeriksa 500 individu, membabitkan 407 warga asing dan 93 warga tempatan.
  • Kesalahan di bawah Akta Imigresen termasuk tiada dokumen sah, tinggal melebihi tempoh, salah guna pas lawatan atau kerja, dan langgar syarat.
  • Tangkapan mengikut kewarganegaraan tertinggi membabitkan Bangladesh, diikuti Myanmar, Indonesia dan Nepal.

Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamsha Injau berkata, operasi bermula pukul 6 petang itu melibatkan pemeriksaan terhadap 500 individu, terdiri daripada 407 warga asing dan 93 warga tempatan.

Mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Antara kesalahan dikesan ialah tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan, menyalahgunakan pas lawatan atau pas kerja serta melanggar syarat pas.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 500 individu telah diperiksa, melibatkan 407 warga asing dan 93 warga tempatan. Daripada jumlah itu, seramai 200 warga asing ditahan, terdiri daripada 125 lelaki dan 75 wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini.

Hamsha berkata, tangkapan tertinggi membabitkan warga Bangladesh seramai 168 orang, diikuti Myanmar (99), Indonesia (48) dan Nepal (27).

Turut menyertai operasi itu ialah Pengarah Penguat Kuasa DBKL, Mohd Muzammer Jamaluddin.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.