Gempa bumi kuat landa timur Indonesia

Foto hiasan

TERNATE, 3 Julai – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda timur Indonesia pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • USGS memaklumkan tiada laporan awal mengenai kehilangan nyawa atau kerosakan.
  • Gempa dikesan pada kedalaman 120 kilometer, kira-kira 58 kilometer barat Tobelo.
  • Seorang penduduk, Umar Abbas, panik semasa gegaran dan BMKG sahkan tiada ancaman tsunami.

Menurut Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat, (USGS), tiada laporan awal mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.

Gempa dikesan pada kedalaman 120 kilometer, kira-kira 58 kilometer barat Tobelo di wilayah North Maluku kira-kira pukul 11:31 pagi, waktu tempatan (0231 GMT).

Seorang penduduk, Umar Abbas berkata, dia sedang minum di sebuah gerai ketika gegaran berlaku secara tiba-tiba.

“Saya sedang duduk minum kopi di gerai tepi jalan apabila tiba-tiba kerusi saya mula bergoyang. Saya panik seketika kerana masih trauma dengan gempa bumi sebelum ini,” katanya kepada AFP.

Umar merupakan penduduk di Ternate, kira-kira 114 kilometer dari pusat gempa.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia(BMKG) memaklumkan tiada ancaman tsunami dikesan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.