ICQS Bukit Kayu Hitam perlu prasarana lebih kondusif

Foto Imigresen Kedah

BUKIT KAYU HITAM, 13 Oktober – Kemudahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, khususnya di kawasan urusan import dan eksport, perlu ditambah baik bagi memastikan kelancaran perdagangan rentas sempadan Malaysia-Thailand.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlu ruang kerja kondusif dan kawasan menunggu selesa serta selamat untuk ejen penghantaran.
  • Kebajikan ejen penghantaran harus diberi perhatian kerana peranan penting mereka dalam perdagangan dan logistik.
  • Harap pihak berkuasa dan agensi meneliti cadangan penambahbaikan demi kepentingan semua pihak.

Menerusi hantaran di Facebook,Penasihat Persatuan Ejen Penghantaran dan Logistik Bukit Kayu Hitam, Zainol Abidin Mohamad berkata, hasil lawatannya ke kompleks itu mendapati masih terdapat kemudahan dan prasarana yang perlu diberikan perhatian, termasuk ruang kerja serta tempat menunggu yang lebih selesa dan selamat untuk ejen penghantaran.

“Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah penyediaan ruang kerja yang lebih kondusif serta kawasan menunggu yang selesa dan selamat untuk ejen penghantaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kebajikan ejen penghantaran wajar diberikan perhatian kerana golongan itu memainkan peranan penting dalam melancarkan urusan perdagangan dan logistik antara Malaysia dengan Thailand.

Menurutnya, Bukit Kayu Hitam merupakan pintu masuk perdagangan antarabangsa yang strategik, justeru kemudahannya perlu seiring dengan keperluan semasa bagi mencerminkan imej pintu sempadan yang moden, cekap dan mesra pengguna.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa dan agensi berkaitan dapat meneliti cadangan penambahbaikan berkenaan demi kepentingan semua pihak yang terlibat.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.