Sultan Kedah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin bersempena Hari Keputeraan Ke-84

Sultan Kedah berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Doa bersempena Hari Keputeraan/Foto RTM

ALOR SETAR, 2 Julai – Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-84 di Masjid Zahir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Norizan Khazali.
  • Turut berangkat Raja Muda Tengku Sarafuddin Badlishah dan Tunku Mahkota Tunku Shazuddin Ariff.
  • Majlis dimulakan solat Maghrib berjemaah diimamkan Imam Besar Masjid Zahir Syeikh Mohd Naim Ahmad; beliau mengetuai bacaan Yasin.
  • Majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah; Sultan berkenan beramah mesra bersama jemaah sebelum berangkat pulang.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali.

Turut berangkat Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad.

Syeikh Mohd Naim kemudian mengetuai bacaan Yasin sebelum majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.

Sejurus selesai solat, Sultan Sallehuddin berkenan beramah mesra bersama jemaah yang hadir sebelum berangkat pulang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.