Jumlah kerugian kes jenayah di Pontian menurun berbanding tahun lalu

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain/Foto RTM

PONTIAN, 2 Julai – Jumlah kerugian bagi kes penipuan, pinjaman wang tidak berlesen dan pecah amanah di sini tahun ini turun kepada RM2.46 juta berbanding RM4.96 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah kerugian akibat penipuan, pinjaman tidak berlesen dan pecah amanah menurun berbanding tahun lalu.
  • Sebanyak 260 kes direkodkan setakat ini, berbanding 233 kes tempoh sama tahun sebelumnya.
  • Sepanjang Januari hingga Jun, 92 individu ditahan kerana jenayah komersil; 67 dituduh sebagai keldai akaun.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, 260 kes pula direkodkan setakat ini berbanding 233 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Kes pelaburan tidak wujud merekodkan penurunan ketara dari RM2.17 juta tahun lepas kepada RM1.32 juta,” katanya.

Dalam pada itu, sepanjang Januari hingga Jun lalu, seramai 92 individu ditahan kerana terlibat jenayah komersil manakala 67 individu telah dituduh di mahkamah kerana menjadi keldai akaun.

Jelasnya, 260 kertas siasatan dibuka, mengikut Kanun Keseksaan, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.