
KUALA TERENGGANU, 2 Julai – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik kandungnya yang berusia 16 tahun.
- Tertuduh, 25 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
- Pertuduhan pertama: merogol di sebuah rumah di Kampung Titian Baru pada Januari lalu.
- Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kerana hubungan adik-beradik dan untuk melindungi mangsa; sebutan semula pada 2 Ogos.
Tertuduh berusia 25 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki berkenaan didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Titian Baru pada Januari lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang merupakan pekerja kedai perkakasan didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada Jun lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dengan mengambil kira hubungan adik-beradik antara tertuduh dan mangsa, selain bagi melindungi mangsa daripada sebarang gangguan.
Sebutan semula kes pada 2 Ogos ini.