1,000 maut akibat gelombang haba di Perancis

Foto REUTERS

PARIS, 28 Jun – Pihak berkuasa kesihatan Perancis mengesahkan terdapat kira-kira 1,000 kes kematian, susulan gelombang haba ekstrem yang melanda sebahagian besar barat Eropah sejak beberapa hari lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebanyakan kematian melibatkan warga emas umur 65 tahun ke atas, menurut Agensi Kesihatan Awam Perancis.
  • Peningkatan kematian tambahan dikesan sejak 24 Jun berbanding bulan-bulan sebelumnya, kata kenyataan rasmi.
  • Kematian paling ketara berlaku di kediaman sendiri, terutama di wilayah Ile-de-France.
  • Agensi memberi amaran angka masih awal dan kemungkinan lebih tinggi; suhu melebihi 40 darjah Celsius sebelum mereda pada Ahad.

85 peratus daripada jumlah yang meninggal dunia melibatkan warga emas berumur 65 tahun dan ke atas,” jelas Agensi Kesihatan Awam Perancis dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sejak 24 Jun lepas dianggarkan sejumlah 1,000 kematian tambahan telah dikesan berbanding jumlah kematian yang direkodkan pada bulan-bulan sebelum ini.

Peningkatan kes yang paling ketara dikesan melibatkan individu yang meninggal dunia di kediaman sendiri, terutama di wilayah Ile-de-France.

“Angka ini menjadi peringatan penting tentang perlunya langkah solidariti dan keprihatinan terhadap golongan yang hidup terasing atau mengalami kesunyian termasuk mereka yang berada di kawasan berkepadatan tinggi,” tambah kenyataan itu lagi.

Pihak agensi turut menegaskan bahawa angka yang dikeluarkan itu masih di peringkat awal dan berkemungkinan besar adalah lebih rendah daripada jumlah sebenar.

Suhu panas di seluruh Perancis dilaporkan mula mereda pada Ahad selepas berdepan cuaca ekstrem selama beberapa hari, menyaksikan peningkatan suhu melebihi 40 darjah celcius di kebanyakan kawasan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.