Ecuador malukan Jerman 2-1

Penyerang Gonzalo Plata meraikan gol kemenangan. Foto/Reuters

NEW YORK, 26 JUN – Juara dunia sebanyak empat kali, Jerman dikejutkan dengan kekalahan 1-2 ditangan Ecuador pada aksi kumpulan E, kempen Piala Dunia 2026 awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Leroy Sané menjaringkan gol awal pada minit kedua, namun pasukan Julian Nagelsmann gagal menambah jaringan.
  • Nilson Angula menyamakan kedudukan pada minit kesembilan dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti.
  • Gonzalo Plata tandukan kencang hasil sepakan penjuru pada minit ke-77 menjaringkan gol kemenangan; Ecuador layak ke pusingan kalah mati.

Meskipun bermula dengan gol seawal minit kedua menerusi pemain tengah Leroy Sane, pasukan bimbingan Julian Nagelsmann itu buntu untuk menambah jaringan gol.

Sebaliknya Ecuador yang diketuai Enner Valencia berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh penyerang, Nilson Angula pada minit kesembilan.

Jerman terus melancarkan serangan bertali arus, namun gagal menembusi benteng pertahanan Ecuador.

Menjelang minit ke-77, penyerang Gonzalo Plata muncul wira selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan berpunca daripada sepakan penjuru.

Kemenangan tersebut membolehkan pasukan bimbingan Sebastian Beccacece layak ke pusingan kalah mati.

Jerman turut layak ke pusingan seterusnya selepas menghuni kedudukan pertama kumpulan E dengan enam mata.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.