
PHILADELPHIA, 26 JUN – Ivory Coast tidak berdepan masalah menewaskan Curacao 2-0 pada aksi kumpulan E, kempen Piala Dunia 2026 awal pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Nicolas Pepe menjaringkan gol menerusi rembatan kencang pada minit ke-7.
- Pepe menambah gol kedua peribadi pada minit ke-64.
- Kemenangan mengekalkan Ivory Coast di kedudukan kedua dengan enam mata.
- Curacao menamatkan kempen Piala Dunia sulung mereka di kedudukan tercorot dengan satu mata.
Permainan bertahan yang dipamerkan Curacao tidak menghalang penyerang Nicolas Pepe untuk meledakkan gol menerusi rembatan kencang seawal minit ketujuh perlawanan.
Penyerang Villareal berkenaan terus memperagakan aksi cemerlang dengan gol kedua peribadinya pada minit ke-64.
Kemenangan berkenaan mengekalkan kedudukan Ivory Coast dikedudukan kedua dengan enam mata, sekali gus menempah tiket ke pusingan kalah mati buat kali pertama.
Curacao pula menamatkan pengalaman pertama mereka di pentas Piala Dunia di kedudukan tercorot dengan satu mata.