Tiga nyawa terkorban akibat serangan Israel

Foto REUTERS

GAZA CITY, 19 September – Serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah kenderaan di daerah Sheikh Radwan, di sini telah mengorbankan seorang individu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah korban serangan di Gaza pada Sabtu meningkat kepada tiga nyawa.
  • Tentera Israel mendakwa serangan menyasarkan anggota Hamas dan memusnahkan kenderaan terbabit.
  • Pihak berkuasa Palestin melaporkan lebih 73,000 nyawa terkorban sejak serangan bermula Oktober 2023.
  • Gencatan senjata yang dipersetujui tahun lalu tidak menunjukkan perubahan dan lebih 1,300 terbunuh sejak berkuat kuasa.

Insiden berkenaan menjadikan angka korban serangan di Gaza pada Sabtu meningkat kepada tiga nyawa.

Tentera Israel mendakwa serangan di Sheikh Radwan, menyasarkan seorang anggota Hamas dan letupan berkenaan mengakibatkan kenderaan terbabit musnah.

Pihak berkuasa Palestin memaklumkan lebih 73,000 nyawa terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza yang bermula pada Oktober 2023.

Usaha gencatan senjata yang dipersetujui tahun lepas masih tidak menunjukkan ‘perubahan’ berikutan kegagalan mencapai persetujuan syarat.

Menurut pegawai kesihatan Gaza, lebih 1,300 rakyat Palestin, terbunuh sejak gencatan senjata berkuat kuasa.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.