Nelayan dikhuatiri jatuh laut di Pulau Betong

Sektor pencarian diperluas sehingga menjangkau keluasan hampir 19 batu nautika persegi

PULAU PINANG, 25 Jun– Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) digerakkan bagi mengesan seorang nelayan warga tempatan yang dikhuatiri terjatuh ke laut di perairan Pulau Betong, Balik Pulau, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aduan awam diterima pada pukul 10.15 malam.
  • MRSC Langkawi mengaktifkan operasi dan sebuah bot Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi.
  • Operasi turut dibantu dua aset Maritim Malaysia serta Pasukan Polis Marin Batu Uban.
  • Sektor pencarian diperluas hampir 19 batu nautika persegi; cuaca tidak menentu dan usaha diteruskan dengan pemantauan berterusan.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya menerima aduan awam berhubung kejadian itu pada pukul 10.15 malam.

“Susulan maklumat tersebut, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi sebelum sebuah bot Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi kejadian.

Operasi turut dibantu dua aset kapal dan bot Maritim Malaysia serta Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, sektor pencarian telah diperluas sehingga menjangkau keluasan hampir 19 batu nautika persegi.

Bagaimanapun, operasi sedikit tergendala ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Usaha mengesan mangsa akan diteruskan dengan pemantauan berterusan berdasarkan keadaan semasa di lokasi kejadian,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.