MyHero Tani perkasa sosioekonomi veteran ATM

Inisiatif dilaksana menerusi kerjasama strategik UniSZA dan Yayasan Veteran ATM

BESUT, 13 Jun – Program MyHero Tani, model baharu memperkasa sosioekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia, (ATM) untuk menjana pendapatan menerusi pertanian moden.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama strategik UniSZA dan Yayasan Veteran ATM melibatkan 10 peserta veteran Terengganu usahakan tanaman keledek di Tembila.
  • UniSZA sediakan 20 hektar manakala Yayasan Veteran ATM bekal dana permulaan bagi fasa pertama penanaman ubi keledek.
  • Setiap hektar berpotensi jana kira-kira RM8,000 dalam tiga bulan, peserta dijangka peroleh sehingga RM7,000 setiap pusingan tuaian.
  • Pada majlis sama sumbangan diserahkan kepada balu anggota dan anak anak veteran untuk melanjutkan pengajian di IPT.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata inisiatif yang dilaksana menerusi kerjasama strategik Universiti Sultan Zainal Abidin, (UniSZA) dan Yayasan Veteran ATM melibatkan 10 peserta bagi fasa pertama terdiri veteran ATM di Terengganu yang mengusahakan projek tanaman keledek di Tembila, di sini.

“UniSZA menyediakan kawasan seluas 20 hektar, manakala Yayasan Veteran ATM menyediakan dana permulaan bagi menjayakan projek penanaman ubi keledek, bagi fasa pertama. Manakala, fasa kedua bakal dilaksana secara berperingkat melibatan jenis tanaman lain.

“Setiap hektar tanaman berpotensi menjana pendapatan sekitar RM8,000 ringgit dalam tempoh tiga bulan, manakala setiap peserta dijangka memperoleh pendapatan sehingga RM7,000 bagi setiap pusingan tuaian,”katanya selepas merasmikan Program MyHero Tani di UniSZA Kampus Besut.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada balu anggota dan anak anak veteran ATM yang bakal melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.