
KOTA KINABALU, 13 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira 10.20 pagi tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
- Menaiki helikopter PGU ke Sipitang untuk merasmikan Projek Sabah Southern MADANI Link pada pukul 11 pagi.
- Hadir program Melangkah Bersama MADANI: Wanita Beriman, Wanita Bertahan peringkat negeri Sabah di SICC pada 2.30 petang.
- Merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 anjuran Kementerian Perpaduan Negara di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas pada 4.00 petang.
- Mengunjungi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu sebelum kembali ke Ibu Negara pada pukul 6.00 petang.
Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta pegawai kanan kerajaan.
Sejurus tiba, Datuk Seri Anwar menaiki helikopter milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) menuju ke Sipitang untuk merasmikan Projek Sabah Southern MADANI Link pada pukul 11.00 pagi.
Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadualkan menghadiri program Melangkah Bersama MADANI : Wanita Beriman, Wanita Bertahan Peringkat Negeri Sabah pada 2.30 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.
Seterusnya, beliau juga dijadual merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) pada 4.00 petang, di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas.
Sebelum kembali ke Ibu Negara, Datuk Seri Anwar dijadual mengunjungi Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada pukul 6.00 petang.