
JOHOR BAHRU, 12 Jun – Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta sebaik sahaja melanggar lampu isyarat merah di kilometer 4, Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi, malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Penunggang berusia 27 tahun melanggar bahagian kiri kenderaan sekitar pukul 11:55 malam.
- Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, leher dan kaki serta disahkan meninggal dunia di lokasi.
- Penumpang wanita mengalami sakit dada dan sesak nafas, kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata penunggang berusia 27 tahun tersebut melanggar bahagian kiri kenderaan terbabit dalam kejadian pada pukul 11:55 malam.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, leher dan kaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Manakala, penumpang wanita kenderaan mengalami sakit dada dan sesak nafas menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.