Kes bunuh pelajar di Yong Peng: Reman remaja disambung enam hari

Foto fail

BATU PAHAT, 9 Oktober -Reman terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini disambung enam hari lagi bermula esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret pagi ini.
  • Suspek remaja lelaki, rakan sekelas mangsa, ditahan bagi membantu siasatan kematian pelajar perempuan.
  • Mangsa Irene Sofiya ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sekolah Yong Peng, kemudian disahkan meninggal dunia.
  • Polis menyiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan; mayat dibawa ke HSNI untuk bedah siasat dan kemudian dikebumikan.

Perintah tahanan reman hingga 15 Oktober itu dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.

Sebelum ini, remaja terbabit direman enam hari bermula 4 Oktober lepas bagi membantu siasatan berhubung kematian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat dan rakan sekelas suspek ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah dewan sekolah di Yong Peng kira-kira 5.50 petang pada 3 Oktober lepas.

Irene Sofiya kemudiannya disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk proses bedah siasat.

Polis sebelum ini memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad pada Ahad lepas selepas selesai proses bedah siasat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.