
BANDAR PERMAISURI, 9 Oktober -Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona di Kilometer 44 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, berhampiran pekan Sungai Tong, di sini semalam.
- Zulkefli Daud, 72, pesara JKR dari Kampung Jeli Seberang, Jeli, Kelantan, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
- Kira-kira 5.30 petang, kenderaan mangsa dipercayai tersasar ke laluan bertentangan sebelum berlaku perlanggaran.
- Pemandu wanita, 41, dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu mengalami kecederaan ringan; mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; polis minta saksi tampil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu.
Mangsa, Zulkefli Daud, 72, yang merupakan pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) berasal dari Kampung Jeli Seberang, Jeli, Kelantan, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata kemalangan berlaku kira-kira 5.30 petang dipercayai ketika kereta yang dipandu mangsa secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.
“Pemandu, wanita berusia 41 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke arah Kota Bharu, tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran.
“Pemandu itu mengalami kecederaan ringan, manakala mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat” katanya dalam kenyataan.
Zahril Asri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut meminta saksi kejadian tampil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu bagi membantu siasatan.