Persijilan dual JPK-NOCN perkukuh kebolehpasaran graduan TVET dalam luar negara

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini berpeluang memperoleh dua sijil serentak menerusi Program Perintis Bersama JPK-NOCN yang dilancarkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

RINGKASAN BERITA AI
  • Fasa pertama melibatkan 30 Pusat Bertauliah di seluruh negara dengan penyertaan sehingga 1,000 pelatih.
  • Program perintis memfokuskan empat bidang: pemasangan elektrik satu dan tiga fasa, voltan rendah, serta servis kenderaan elektrik dan hibrid.
  • Pelatih menerima kad digital kelayakan antarabangsa; CIAST melatih 40 jurulatih dan 40 penilai dengan pengiktirafan UK.

Program kerjasama dengan NOCN Group dari United Kingdom (UK) itu membolehkan pelajar menerima persijilan dual menerusi konsep “Satu Kursus, Dua Persijilan”, menggabungkan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan kelayakan vokasional UK.

Ketua Pengarah JPK, Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman Md. Ali berkata inisiatif itu dijangka meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET serta membuka peluang pekerjaan yang lebih luas di peringkat antarabangsa.

“Fasa pertama program melibatkan 30 Pusat Bertauliah (PB) di seluruh negara dengan penyertaan sehingga 1,000 pelatih.

“Program ini selari dengan Agenda (R)EVOLUSI TVET JPK yang memberi tumpuan kepada kecemerlangan global dan pembangunan ekonomi bernilai tinggi,” katanya menerusi kenyataan pada malam Rabu.

Sebagai permulaan, program perintis itu melibatkan empat bidang iaitu Pemasangan Elektrik Satu Fasa dan Penyelenggaraan, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa dan Penyelenggaraan, Pemasangan Elektrik Voltan Rendah dan Penyelenggaraan serta Servis Kenderaan Elektrik dan Hibrid.

Selain persijilan dual, pelatih turut menerima kad digital kelayakan bertaraf antarabangsa bagi memudahkan pengesahan kelayakan oleh majikan di dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) akan melatih 40 jurulatih dan 40 penilai yang bakal menerima pengiktirafan rasmi daripada United Kingdom.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.