Kes bunuh abang: Suspek OKU mental direman tujuh hari

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU, 4 Oktober – Seorang lelaki berusia 42 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) mental direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian abangnya di Bukit Payong, Marang, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
  • Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dan maut dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi.
  • Adik perempuan mangsa cedera, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah; beberapa barang kes turut dirampas.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Yuhanis Mohd Roslan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa berusia 43 tahun maut selepas dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Adik perempuan mangsa berusia 36 tahun turut mengalami kecederaan dan kini menerima dirawat di HSNZ.

Difahamkan suspek berang terhadap abangnya yang dikatakan sering meminta wang daripada keluarga.

Bagaimanapun, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan polis selain beberapa barang kes turut dirampas bagi membantu siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.