Empat buah rumah terselamat daripada musnah terbakar

Foto RTM

GUA MUSANG, 3 Jun – Tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat Gua Musang berjaya menyelamatkan empat buah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung RPT Sungai Terah di sini, tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sebuah rumah separuh kekal musnah sepenuhnya; sebuah rumah kekal lain rosak kira-kira 15 peratus.
  • Anggota bomba tiba cepat dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kediaman berhampiran.
  • Kebakaran tidak melibatkan mangsa; dua penghuni selamat; operasi melibatkan sembilan anggota dan tiga jentera.

Dalam kejadian jam 12.55 tengahari itu, sebuah rumah separuh kekal musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi rumah jenis kekal hanya mengalami kerosakan kira-kira 15 peratus.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli, anggota bomba terlibat yang tiba di lokasi dalam tempoh yang singkat berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kediaman berhampiran.

“Hasil tindakan pantas itu, empat buah rumah berhampiran berjaya diselamatkan dan kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa.

“Dua penghuni yang berada di dalam rumah berjaya menyelamatkan diri sejurus menyedari kebakaran terbabit,” katanya ketika dihubungi RTM.

Sembilan anggota bersama tiga jentera dari BBP Gua Musang terlibat dalam operasi berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.