Portal MyTax permudah rayuan taksiran

Kemudahan tidak melibatkan kes yang membabitkan cukai keuntungan modal, cukai pegangan serta taksiran yang dibangkitkan hasil aktiviti siasatan

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Pengemukaan rayuan taksiran atau permohonan lanjutan masa untuk membuat rayuan taksiran cukai, kini boleh dilaksana secara dalam talian menerusi perkhidmatan e-Rayuan Taksiran di portal MyTax.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengemukaan rayuan taksiran dan permohonan lanjutan masa kini boleh dilakukan secara dalam talian melalui perkhidmatan e-Rayuan Taksiran MyTax.
  • Urusan yang sebelum ini melibatkan dokumen fizikal dan proses manual kini tidak perlu hadir ke pejabat LHDN.
  • Pembayar cukai boleh menyemak status rayuan, menerima notifikasi dan surat pengesahan secara dalam talian sepanjang proses pengendalian.

Kemudahan itu, bagaimanapun tidak melibatkan kes yang membabitkan cukai keuntungan modal, cukai pegangan serta taksiran yang dibangkitkan hasil aktiviti siasatan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri memberitahu menerusi inisiatif berkenaan, urusan pengemukaan rayuan taksiran yang sebelum ini melibatkan dokumen fizikal dan proses manual boleh dilaksana secara dalam talian, tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN.

“Pembayar cukai boleh menyemak status rayuan taksiran/permohonan lanjutan masa sepanjang proses pengendalian serta menerima notifikasi status kes, surat pengesahan penerimaan atau penolakan dan notis kelulusan lanjutan masa berkaitan secara dalam talian.

“Dari segi akses, pembayar cukai individu boleh mengemukakan rayuan taksiran atau permohonan lanjutan masa melalui peranan individu.

“Manakala pengarah syarikat atau pegawai syarikat yang dilantik dan pentadbir organisasi bagi kes selain syarikat seperti koperasi, badan amanah, perkongsian liabiliti terhad (PLT) dan lain-lain boleh berbuat demikian melalui peranan pengarah syarikat atau pentadbir organisasi,”menurut kenyataan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.