Lelaki Singapura maut dilanggar lori

Motosikal yang ditunggang Allahyarham Lutfi Adib Yusof

BATU PAHAT, 31 Mei – Seorang lelaki warga Singapura, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan di Kilometer 82.4 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), di sini pada pukul 5.00 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa menunggang motosikal menghala Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • Motosikal dipercayai mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan.
  • Motosikal itu kemudian dilanggar sebuah lori dari arah yang sama, menyebabkan kecederaan parah pada kepala.
  • Mangsa Lutfi Adib Yusof, 20 tahun, meninggal semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nora Ismail; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani dalam kenyataan memaklumkan, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal menghala Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Motosikal mangsa kemudian dipercayai mengalami kerosakan, dan telah berhenti di laluan kecemasan, sebelum dilanggar lori dari arah sama.

“Mangsa, Lutfi Adib Yusof, 20 tahun, cedera parah di kepala, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.