
PUTRAJAYA, 30 Oktober – Hubungan diplomatik dan persahabatan akrab antara Malaysia dan China terus diperkukuh menerusi kerjasama yang lebih erat demi membawa manfaat bersama kepada rakyat serta ekonomi kedua-dua negara.
- Hubungan diplomatik sejak 1974 kini memasuki tahun ke-52, menunjukkan keutuhan rakan kongsi strategik.
- Perbincangan susulan lawatan kerja rasmi ke Beijing dan Tianjin memberi peluang menyambung kerjasama penting.
- Timbalan Perdana Menteri berharap hubungan terus diperkukuh menerusi kerjasama lebih erat membawa manfaat bersama.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hubungan yang terjalin sejak tahun 1974 itu kini melangkah ke tahun ke-52, membuktikan keutuhan rakan kongsi strategik yang diasaskan sejak sekian lama.
Beliau berkata demikian Majlis Makan Malam Persahabatan Malaysia-China di sini.
Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, pertemuan itu turut memberi peluang untuk menyambung perbincangan susulan lawatan kerja rasmi beliau ke Beijing dan Tianjin baru-baru ini.
“Pelbagai perkara penting dapat dikongsi serta diteruskan susulan siri pertemuan yang telah berlangsung di negara tembok besar itu.
“Banyak yang sempat saya bualkan bersama barisan delegasi China yang hadir. Kebetulan saya sendiri baharu sahaja pulang daripada lawatan kerja rasmi ke Beijing dan Tianjin, jadi banyak perkara yang dapat dikongsi dan disambung daripada pertemuan yang berlangsung di sana.
“Insya-Allah, saya berharap hubungan Malaysia-China akan terus diperkukuh melalui kerjasama yang lebih erat dan membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara,” kata beliau menerusi kenyataan di Facebooknya.