Bekas Naib Canselor UPM dinobat Tokoh Akademik Negara Ke-17

Foto RTM

KLANG, 30 Oktober – Bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Aini Ideris dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara Ke-17 sempena Anugerah Akademik Negara Kali Ke-17 (AAN17).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengiktirafan atas sumbangan dalam perubatan avian, bioteknologi haiwan dan pembangunan vaksin.
  • Penghasilan vaksin Newcastle (NDV4-UPM) sebagai hasil penting penyelidikan beliau.
  • Pembangunan vaksin fowl pox yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
  • Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir pada majlis yang mengiktiraf sembilan ahli akademik IPT.

Pengiktirafan tertinggi itu diberikan atas sumbangan beliau dalam bidang perubatan avian, bioteknologi haiwan dan pembangunan vaksin, termasuk penghasilan vaksin penyakit Newcastle (NDV4-UPM) serta vaksin fowl pox yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Anugerah disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, dalam majlis di sini yang turut mengiktiraf sembilan ahli akademik daripada institusi pendidikan tinggi (IPT) di seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.