Rakaman kamera hidupan liar bantu kesan laluan pendaki hilang di Gunung Batu Putih

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon

TAPAH, 30 Mei -Rakaman kamera pengawasan hidupan liar berjaya memberikan petunjuk penting mengenai laluan yang dipercayai dilalui, Jaslinda Salidun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman menunjukkan mangsa melintasi kamera pertama pada 11.22 pagi, 24 Mei.
  • Tiada rakaman menunjukkan mangsa berpatah balik, menguatkan petunjuk dia meneruskan perjalanan ke Kem Sukaneka.
  • Rakaman itu menyokong penemuan jejak kasut dan botol air oleh pasukan penyelamat.
  • Kamera dua tiada rakaman mangsa atau anggota penyelamat pada 24 dan 25 Mei, mengesahkan laluan Gunung Batu Bujang tidak dilalui.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil penelitian mendapati mangsa berusia 49 tahun yang hilang di Gunung Batu Putih sejak seminggu lalu, dirakam melintasi kamera pertama pada pukul 11.22 pagi, 24 Mei lalu.

Beliau berkata, tiada rakaman menunjukkan mangsa berpatah balik melalui laluan sama, sekali gus menguatkan petunjuk bahawa mangsa meneruskan perjalanan ke arah Kem Sukaneka.

“Rakaman itu turut menyokong penemuan jejak tapak kasut dan botol air yang ditemui pasukan penyelamat sebelum ini.

“Bagi Kamera Dua pula, tiada rakaman mangsa atau anggota penyelamat ditemui di laluan menuju Gunung Batu Bujang pada 24 dan 25 Mei lalu, sekali gus mengesahkan laluan itu tidak dilalui mangsa,” katanya menerusi kenyataan itu.

Setakat petang ini, 42 anggota penyelamat masih berada di lokasi dan meneruskan operasi pencarian pada hari ke tujuh.

 

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.