Warga emas rugi lebih RM100,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

FOTO HIASAN /BERNAMA

KUCHING, 29 Mei – Seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun kerugian RM103,850 selepas ditipu sindiket pelaburan tidak wujud melalui media sosial.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa berkenalan dengan wanita melalui WhatsApp dan diperdaya menyertai pelaburan 'Wholesale International Business Online' dikatakan beroperasi di Pattaya, Thailand.
  • Suspek meyakinkan mangsa membuat beberapa transaksi ke akaun bank berbeza antara September 2025 hingga Februari 2026.
  • Lapan transaksi dibuat sebelum mangsa menyedari penipuan; kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, dalam satu kenyataan media memaklumkan mangsa dipercayai berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp pada Ogos 2025 sebelum diperdaya menyertai pelaburan ‘Wholesale International Business Online’ yang didakwa beroperasi di Pattaya, Thailand.

“Suspek kemudian meyakinkan mangsa untuk membuat beberapa transaksi ke akaun bank berbeza bermula September 2025 hingga Februari 2026.

“Sebanyak lapan transaksi dilakukan mangsa sebelum menyedari dirinya ditipu selepas gagal menghubungi suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara, sebatan dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.