
NEW DELHI, 12 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di sini.
- Perbincangan mempercepat penerbangan terus, cadangan perjalanan tanpa visa dan meningkatkan import minyak sawit Malaysia ke Rusia.
- Anwar menghargai sokongan Rusia dalam memperkukuh kerjasama tenaga, berpotensi memperluas hubungan ekonomi dan strategik kedua negara.
- Pertemuan mencerminkan komitmen memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka bidang kerjasama baharu, Malaysia kini Negara Rakan BRICS sejak 2025.
Kedua-dua pemimpin berpeluang untuk memperkukuh hubungan antara Putrajaya dan Moscow serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkara yang menjadi kepentingan bersama.
Ia merupakan pertemuan dua hala pertama Datuk Seri Anwar sebaik tiba di sini untuk menyertai sidang kemuncak tersebut, memandangkan Malaysia kini berstatus sebagai Negara Rakan BRICS sejak 1 Januari 2025.
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan usaha mempercepatkan penerbangan terus antara Malaysia dan Rusia, termasuk cadangan perjalanan tanpa visa, selain meningkatkan import minyak sawit Malaysia ke Rusia.
Datuk Seri Anwar turut menghargai sokongan Rusia dalam memperkukuh kerjasama tenaga dengan Malaysia, yang dilihat berpotensi memperluas hubungan ekonomi dan strategik kedua-dua negara.
Pertemuan itu mencerminkan komitmen Malaysia dan Rusia untuk memperkukuh hubungan dua hala, termasuk meneroka bidang kerjasama baharu yang memberi manfaat bersama.
Malaysia dan Rusia menjalin hubungan diplomatik sejak 1967, dengan kerjasama meliputi sektor perdagangan dan pelaburan, tenaga, pendidikan, pelancongan serta pertahanan.
Kedua-dua negara sebelum ini turut menyatakan kesediaan untuk memperluas hubungan ekonomi dua hala, termasuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang baharu.