Pengendali Terengganu FC, Sabah FC puji prestasi anak buah

Perlawanan terakhir Liga Super 2025/2026 antara Sabah FC dan Terengganu FC di Stadium Likas, Sabah – Foto Sabah Football Club

KOTA KINABALU, 16 Mei – Pengendali Terengganu FC, Tengku Hazman Raja Hassan berpuas hati dengan kejayaan anak buahnya meraih tiga mata pada aksi terakhir Liga Super 2025/2026 pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tengku Hazman puji komitmen pemain sepanjang musim.
  • Terengganu hadapi masalah ketiadaan kesebelasan utama dan bergantung pada pemain tempatan.
  • Juan Torres kata pasukannya sudah lakukan yang terbaik namun nasib tidak menyebelahi mereka.
  • Torres kecewa tidak dapat hadiahkan kemenangan di tempat sendiri tetapi bangga dengan corak permainan.

Menurutnya pujian harus diberikan kepada semua pemain yang sudah memberikan yang terbaik sepanjang musim ini.

Jurulatih Interim Terengganu FC, Tengku Hazman Raja Hassan – Foto Terengganu FC

“Sudah tentu saya berpuas hati dengan keputusan ini, namun persembahan pemain agak kurang memuaskan terutama dengan ketiadaan kesebelasan utama dan bergantung kepada rata-rata pemain tempatan sahaja.

“Bagaimanapun, kredit untuk pemain saya dan tahniah serta terima kasih kerana sudah buat yang terbaik,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido – Foto Sabah Football Club

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido merasakan pasukannya sudah buat yang terbaik, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

“Saya tiada sebarang rungutan terhadap para pemain, kadangkala walaupun kita bermain dengan baik, kita tetap tidak berjaya memperoleh kemenangan.

“Kami agak sedih kerana kami mahu menghadiahkan kemenangan terakhir di tempat sendiri di hadapan penyokong kami, namun saya rasa kita boleh berpuas hati atau berbangga dengan corak permainan yang dipamerkan oleh pemain,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.