Terengganu FC tamat saingan Liga Super di tangga kelima

Terengganu FC menang 1-0 dalam aksi terakhir Liga Super 2025/2026 menentang Sabah FC di Stadium Likas, Sabah – Foto MFL

KOTA KINABALU, 16 Mei – Terengganu FC menutup kempen Liga Super musim ini dengan kemenangan 1-0 ke atas Sabah FC di Stadium Likas, di sini pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Babak pertama seimbang, kedua-dua pasukan gagal membolosi gawang.
  • Shervoni Mabatshoev, pemain gantian, menjaringkan gol pada minit ke-81.
  • Jaringan itu memastikan tiga mata selepas pertahanan pelawat mengekalkan kebuntuan hingga wisel penamat.
  • Terengganu menamatkan saingan di tangga kelima dengan 36 mata selepas 24 perlawanan; Sabah di tangga kesembilan dengan 23 mata.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dan gagal membolosi gawang pada babak pertama.

Pelawat bagaimanapun berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-81 menerusi Shervoni Mabatshoev.

Jaringan tunggal pemain gantian itu, sudah cukup memastikan tiga mata buat skuad Penyu.

Terengganu FC menamatkan saingan liga di tangga kelima, manakala Sabah FC di tangga kesembilan – Foto MFL

Sabah FC cuba bangkit memburu gol penyamaan pada penghujung permainan, namun kekentalan benteng pertahanan pelawat memastikan keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan Terengganu FC menamatkan musim ini di tangga kelima liga dengan mengumpul 36 mata selepas 24 perlawanan.

Sabah FC pula menutup saingan musim ini di kedudukan kesembilan dengan 23 mata.