Liga Super: Penang FC akhiri saingan dengan kemenangan

Penang FC menang 2-1 ke atas DPMM FC dalam aksi terakhir Liga Super 2025/2026 – Foto MFL

GEORGE TOWN, 16 Mei – Aksi terakhir Liga Super 2025/2026 bagi pasukan Penang FC menyaksikan skuad Harimau Kumbang meraih kemenangan 2-1 ke atas DPMM FC.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penang FC menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa kemenangan, kemenangan terakhir sebelum ini pada Januari menentang Kuala Lumpur City FC.
  • Pelawat mendahului melalui Jordan David Murray, Dylan Wenzel-Halls menyamakan, Stefano Brundo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83.
  • Penang FC menamatkan saingan Liga Super di tangga kelapan dengan 25 mata selepas 24 perlawanan.

Kemenangan yang dilakar di Stadium Bandaraya, di sini pada Jumaat, sekali gus menamatkan kemarau lapan perlawanan tanpa kemenangan Penang FC, yang kali terakhir meraih tiga mata ketika menewaskan Kuala Lumpur City FC 1-0 pada Januari lalu.

Pada perlawanan itu, pelawat bagaimanapun terlebih dahulu mendahului dengan jaringan Jordan David Murray pada minit ke-41 untuk kedudukan 1-0 pada babak pertama.

DPMM FC mendahului 1-0 pada separuh masa pertama dalam aksi di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang – Foto MFL

Bersambung separuh masa kedua, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Dylan Wenzel-Halls pada minit ke-58.

Kapten Harimau Kumbang, Stefano Brundo muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83 dengan keputusan 2-1.

Penang FC bangkit di babak kedua untuk menang 2-1. – Foto MFL

Kemenangan itu menyaksikan Penang FC menamatkan saingan selepas 24 perlawanan di tangga kelapan liga dengan 25 mata, manakala DPMM FC di tangga ke-10 mengutip 23 mata.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.