
JOHOR BAHRU, 14 Mei -Polis mengesan video yang dimuat naik di media sosial memaparkan lori polis hampir terbabas di Lorong Kanan Kilometer 8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, di sini, kelmarin.
RINGKASAN BERITA AI
- Punca kejadian: jalan licin akibat hujan dan kesan tumpahan minyak di permukaan jalan.
- Pemandu sempat mengawal semula lori sebelum memberhentikan kenderaan, mengelakkan kemalangan lebih serius.
- Lori dipandu anggota polis dan dinaiki anggota pengiring serta seorang banduan semasa penghantaran dari mahkamah ke penjara.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Radin Ramlan Radin Taha berkata, punca kejadian disebabkan jalan licin akibat hujan selain terdapat kesan tumpahan minyak di permukaan jalan.
“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.45 petang, dengan lori berkenaan dipandu anggota polis berusia 34 tahun.
“Selain, dinaiki anggota pengiring dan banduan, dari Mahkamah Johor Bahru ke Penjara Kluang,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, pemandu sempat mengawal semula lori sebelum berhenti dan