
NEW YORK, 11 Mei – Harga minyak terus melonjak permulaan minggu ini selepas rundingan damai antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) gagal, lapor Agensi Berita Jerman.
- Brent bagi penghantaran Julai naik lebih empat peratus kepada US$105.76 dalam dagangan awal Isnin.
- Harga jatuh kepada US$96 pada Khamis selepas harapan penyelesaian diplomatik mereda.
- Usaha Washington dan Tehran untuk meredakan ketegangan menunjukkan sedikit kemajuan.
- Trump sifatkan respons Iran sama sekali tidak boleh diterima, Iran menolak cadangan AS.
Satu tong minyak mentah Brent Laut Utara bagi penghantaran Julai meningkat lebih empat peratus kepada US$105.76 dalam dagangan awal pada Isnin.
Harga minyak telah meningkat pada penghujung minggu lepas, selepas jatuh kepada US$96 pada Khamis berikutan harapan untuk penyelesaian diplomatik terhada konflik Asia Barat itu.
Bagaimanapun, usaha oleh Washington dan Tehran untuk meredakan ketegangan menunjukkan sedikit kemajuan.
Presiden Amerika, Donald Trump menyifatkan maklum balas terbaharu Iran terhadap cadangan Washington yang bertujuan menamatkan konflik itu sebagai ‘sama sekali tidak boleh diterima’ dan mengeluarkan ancaman baharu terhadap Tehran.
Iran menolak cadangan AS itu, dengan media kerajaan menyifatkannya seolah-olah satu tuntutan agar Tehran menyerah kalah.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah berikrar untuk meneruskan peperangan sehingga kebimbangan utama menyelubungi program nuklear Iran dapat diselesaikan.-Bernama