Wanita ditahan bawa pisau ke Rain Rave Water Music Festival 2026

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Polis menahan seorang wanita berusia 28 tahun yang dipercayai memiliki senjata ketika menyertai program Rain Rave Water Music Festival 2026, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keadaan baik dan terkawal sepanjang program berlangsung.
  • Kehadiran pengunjung dianggarkan seramai 30,000 orang.
  • Seramai 500 anggota dari pelbagai unit termasuk bantuan Bukit Aman digerakkan.
  • PDRM merakam penghargaan kepada masyarakat dan agensi yang memberikan kerjasama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus proses reman terhadap wanita warga tempatan itu akan dilakukan pada pagi ini.

Beliau bagaimanapun berkata keadaan baik dan terkawal sepanjang program berlangsung.

“Setakat ini hanya seorang wanita sahaja yang ditahan pada malam tadi kerana memiliki pisau. Bagaimanapun, keadaan baik dan terkawal sepanjang program berlangsung.

“Selain itu, kehadiran pengunjung pada malam tadi dianggarkan seramai 30,000 orang. Justeru seramai 500 anggota dari pelbagai unit termasuk bantuan Bukit Aman digerakkan untuk menjaga keselamatan dan mengawal keadaan sepanjang program berlangsung,” katanya ketika meninjau tahap keselamatan di lokasi pogram tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata PDRM juga merakam penghargaan kepada masyarakat, semua pihak penguatkuasaan dan agensi-agensi yang terlibat memberikan kerjasama dalam mengawal selia ketenteraman awam.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing turut ke hadir ke program berkenaan.