
WASHINGTON, 30 April – Rizab Persekutuan (FED)Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengekalkan kadar faedah utamanya susulan krisis bekalan global yang berlanjutan terus meningkatkan tekanan inflasi.
- Majoriti penggubal dasar mengundi untuk mengekalkan kadar penanda aras 3.50 hingga 3.75 peratus.
- Keputusan ini merupakan kali ketiga berturut turut FED mengekalkan kadar faedah tahun ini.
- Calon pengganti Jerome Powell, Kevin Warsh, lulus undian Jawatankuasa Perbankan dan kini menunggu pengesahan penuh Dewan.
- FED beroperasi bebas politik dengan mandat mencapai guna tenaga maksimum dan mengekalkan kestabilan harga.
Majoriti penggubal dasar mengundi untuk mengekalkan kadar penanda aras dalam julat 3.5 peratus hingga 3.75 peratus.
Ini merupakan kali ketiga berturut-turut FED mengekalkan kadar faedah pada tahun ini, selaras dengan jangkaan pasaran.
Keputusan itu dibuat ketika perhatian kini tertumpu kepada pengganti Jerome Powell, yang telah menerajui FED selama lapan tahun.
Kevin Warsh, calon yang dicadangkan Presiden Donald Trump melepasi undian penting di Jawatankuasa Perbankan Senat dan kini menunggu pengesahan oleh ahli dewan itu.
Pencalonan berkenaan dipantau rapat berikutan potensi implikasinya terhadap hala tuju dasar FED.
FED yang beroperasi secara bebas daripada pengaruh politik, bertanggungjawab melaksanakan dua mandat utamanya yang ditetapkan Kongres iaitu memastikan guna tenaga maksimum dan kestabilan harga.
Pada 2025, FED menurunkan kadar faedah sebanyak tiga kali, masing-masing sebanyak 25 mata asas, susulan kebimbangan terhadap pasaran buruh.
Ia kemudian mengekalkan kadar tersebut pada dua mesyuarat pertamanya tahun ini.