
LABUAN, 30 April – Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan dalam Op Ikrar di dua penempatan sekitar pulau ini awal pagi tadi.
- Tahanan melibatkan empat wanita dan dua kanak-kanak perempuan berumur antara dua hingga 60 tahun.
- Operasi dijalankan antara 12.15 tengah malam hingga 2 pagi hasil risikan dan maklumat awam.
- Tangkapan disyaki melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan dan pas sah.
- Semua tahanan kini ditempatkan di IPD Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk siasatan lanjut; penguatkuasaan akan dipergiatkan.
Semua yang ditahan membabitkan empat wanita dan dua kanak-kanak perempuan berusia antara dua hingga 60 tahun.
Pengarah Imigresen Labuan, Mohd Redzuan Nawi berkata, operasi dijalankan antara 12.15 tengah malam hingga 2 pagi selepas hasil risikan serta maklumat awam.
“Kesemua warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk berada di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan dilakukan ke atas 41 individu oleh sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat.
“Semua tahanan kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dan Depot Imigresen Labuan bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen, termasuk majikan atau individu yang melindungi PATI.
