GSF 2.0 : Hubungan baik PM buka usaha diplomatik

Kementerian Luar sedia memainkan peranan /Foto RTM

PUTRAJAYA, 30 April – Hubungan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan negara luar, membuka ruang usaha diplomatik membantu 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF), yang ditahan rejim Zionis, dibebaskan segera.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Luar sedia memainkan peranan menyokong usaha misi kemanusiaan.
  • Timbalan Perdana Menteri akan meminta Menteri Luar menggerakkan usaha diplomatik.
  • Usaha diplomatik bertujuan memudahkan penghantaran bantuan dan mengusahakan pembebasan selepas misi.
  • Sumud Nusantara mengesahkan enam daripada 22 kapal dipintas dan diceroboh tentera Israel di perairan antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid turut memaklumkan, Kementerian Luar juga sedia memainkan peranan.

“Saya akan meminta Menteri Luar dan tentunya hubungan yang baik antara Perdana Menteri dengan negara-negara sahabat, mungkin usaha diplomatik dapat diiktiarkan supaya bukan sahaja mereka dipermudahkan untuk sampai ke destinasi bagi menghantar bantuan tetapi setelah misi ini selesai, mereka akan dapat dibebaskan,” katanya selepas menyempurnakan Perasmian dan Menyaksikan Majlis Pertukaran MoU Antara MyDigital ID Sdn Bhd dan Rakan Kerjasama Strategik.

Sumud Nusantara Command Center (SNCC), terdahulu mengesahkan enam daripada 22 kapal yang dipintas dan diceroboh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika menuju ke Gaza, melibatkan 10 rakyat Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.