MADANI30 : Diskaun ETS, ERT dilanjutkan hingga 14 Mei

1.2 juta tempat duduk ditawarkan bagi tempoh perjalanan dari Mei hingga Oktober ini /Foto RTM / Foto RTM 

KUALA LUMPUR, 30 April – Inisiatif diskaun 30 peratus MADANI30, untuk perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dilanjutkan sehingga 14 Mei ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif diskaun MADANI30 sebanyak 30% untuk perkhidmatan ETS dan ERT dilanjutkan sehingga 14 Mei.
  • Diskaun sah untuk pembelian tiket dewasa semua sektor ETS dan perkhidmatan ERT laluan JB Sentral ke Tumpat sehingga 14 Oktober 2026.
  • Kelayakan: perjalanan hari Isnin hingga Khamis, kecuali semasa cuti sekolah dan cuti perayaan.
  • Inisiatif menyokong agenda Road to Rail Kerajaan MADANI untuk kurangkan kesesakan jalan raya, jejak karbon dan tingkatkan kualiti hidup.

Kenyataan Kementerian Pengangkutan memaklumkan, lanjutan berkenaan, berikutan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Di bawah inisiatif MADANI30, 1.2 juta tempat duduk ditawarkan bagi tempoh perjalanan dari Mei hingga Oktober ini, sekali gus membuka peluang kepada rakyat untuk merancang perjalanan lebih awal dengan kadar tambang berpatutan,”menurut kenyataan.

Inisiatif itu kekal ditawarkan bagi pembelian tiket dewasa untuk semua sektor ETS serta perkhidmatan ERT laluan JB Sentral–Tumpat–JB Sentral dengan tempoh perjalanan sehingga 14 Oktober 2026.

Diskaun layak dinikmati bagi perjalanan hari Isnin hingga Khamis kecuali cuti sekolah dan cuti perayaan.

Kementerian Pengangkutan turut memberitahu, inisiatif merupakan sebahagian usaha berterusan memperkukuh agenda “Road to Rail”.

Pendekatan berkenaan, selari aspirasi Kerajaan MADANI dalam mengurangkan kesesakan jalan raya, jejak karbon, serta mempertingkat kualiti hidup rakyat melalui sistem pengangkutan awam yang lebih bersepadu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.