
KUALA LUMPUR, 30 April –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan ganas rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GS) 2.0 sebagai satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang maritim.
- Tindakan ganas itu menyerupai perbuatan lanun yang mencemari prinsip kemanusiaan sejagat.
- Malaysia mendesak tindakan segera untuk memastikan tiada kekerasan terhadap aktivis dan keselamatan mereka terjamin tanpa kompromi.
- Kerajaan sedang berhubung rapat dengan negara sahabat bagi pembebasan segera, ihsan dan kemanusiaan mesti mengatasi perbezaan.
Menerusi hantarannya di Facebook beliau berkata, tindakan ganas itu menyerupai perbuatan lanun yang mencemari prinsip kemanusiaan sejagat.
Katanya, Malaysia mendesak agar semua pihak bertindak segera dan memastikan tiada sebarang tindakan keras dikenakan terhadap para aktivis, serta menjamin keselamatan mereka tanpa kompromi.
“Kepada Allah SWT kita berserah, disulam dengan usaha menyeluruh yang sedang digerakkan, semoga kesemua mereka berada dalam keadaan selamat. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi Global Sumud Flotilla.
“Hasbunallahu wa ni‘mal wakil,” katanya.
Ketika ini katanya, kerajaan sedang berhubung dan bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan mereka dibebaskan dengan segera.
“Dalam situasi getir ini, ihsan dan kemanusiaan harus mengatasi segala perbezaan dan Malaysia akan terus berdiri teguh mempertahankan prinsip tersebut,” katanya lagi,