
KOTA BHARU, 30 April – Seorang individu yang menghidap masalah mental (skizofrenia) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh bapanya.
- Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Azwan Muhammad, 41 tahun.
- Didakwa membunuh bapanya, Muhammad Ishak, 83, di Kampung Baung Bayam pada 20 April.
- Dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan; kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya.
- Mahkamah benarkan penilaian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta mengikut Seksyen 342; sebutan semula 30 Jun.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Azwan Muhammad, 41 tahun di hadapan Majistret, Rais Imran Hamid.
Mengikut pendakwaan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Ishak, 83 tahun, di sebuah rumah di Kampung Baung Bayam, Kota Bharu, kira-kira 10.30 pagi, 20 April lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nadzir Abdullah, manakala tertuduh diwakili penguam, Tengku Shazuan Tengku Shariffudin dan Ahmad Nizam Mohamed.
Mahkamah kemudian, membenarkan tertuduh menjalani penilaian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dan menetapkan 30 Jun ini, sebagai sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan, seorang warga emas maut, akibat parah selepas ditumbuk anak lelakinya dipercayai mempunyai masalah mental (skizofrenia).
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat memberitahu siasatan awal mendapati, suspek dipercayai bertindak di luar kawalan ketika kejadian yang disaksikan adiknya.