
ALOR SETAR, 23 April – Sebuah bilik server di Balai Polis Kepala Batas, di sini terbakar 80 peratus, awal pagi tadi.
- Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1:57 pagi dan tiba kurang 10 minit kemudian.
- Kebakaran berlaku di sebuah bilik server di balai polis dan turut melibatkan beberapa peralatan sekatan jalan raya.
- Api berjaya dikawal kira-kira pukul 2:15 pagi; kerja overhaul dijalankan untuk pastikan tiada punca kebakaran berulang.
- Tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan; punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba (1), Ismail Mohd Zain memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1:57 pagi.
“Sepasukan anggota dari BBP berkenaan kemudian digerakkan ke lokasi dan tiba kurang 10 minit selepas panggilan diterima.
Setibanya di lokasi, kebakaran didapati berlaku di sebuah bilik server balai polis berkenaan,” katanya.
Kebakaran turut melibatkan beberapa peralatan sekatan jalan raya yang disimpan di dalam bilik tersebut,” beliau menyatakannya dalam satu kenyataan.
“Api berjaya dikawal kira-kira pukul 2:15 pagi sebelum kerja-kerja overhaul dijalankan bagi memastikan tiada punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa atau kecederaan.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.