
SANDAKAN, 23 April – Murid yang terjejas kebakaran di Kampung Bahagia menerima bantuan khas RM300 bagi memastikan kelangsungan persekolahan mereka.
- Murid terjejas menerima bantuan khas RM300 yang dikreditkan ke akaun sekolah untuk diagihkan kepada mereka.
- Sekolah akan segera melaksanakan agihan bantuan bagi kegunaan kelengkapan persekolahan.
- Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan PPD Sandakan membantu menyediakan keperluan termasuk pengangkutan ke sekolah.
- Sokongan psikososial serta perhatian kebajikan dan kesejahteraan murid, guru dan warga pendidikan disediakan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bantuan itu telah dikreditkan ke akaun sekolah dan akan diagihkan segera kepada murid bagi kegunaan kelengkapan persekolahan.
“Pihak sekolah akan segera melaksanakan agihan bantuan tersebut kepada murid.
“Bantuan ini dapat digunakan untuk melakukan persediaan kelengkapan persekolahan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, murid turut diberikan kelonggaran pemakaian seragam, manakala Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)Sandakan membantu menyediakan keperluan termasuk pengangkutan ke sekolah.
“Sokongan psikososial juga disediakan untuk murid, guru dan warga pendidikan,” katanya.
Katanya, aspek kebajikan serta kesejahteraan semua murid terjejas diberi perhatian.
“KPM berusaha memastikan bantuan terbaik dapat disalurkan kepada semua murid terjejas,”