Polis nafi tiada tindakan kes pukul di Wakaf Bharu

Foto Fail

KOTA BHARU, 17 April – Polis menafikan dakwaan tiada tindakan diambil berhubung hantaran tular mengenai kejadian seorang lelaki dipukul beramai-ramai di Wakaf Bharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang lelaki 36 tahun akan didakwa di Mahkamah Tumpat pada 19 April mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan.
  • Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 147; awalnya didapati perselisihan faham keluarga menyebabkan pergaduhan melibatkan kedua-dua pihak.
  • Seramai 11 individu berumur 18 hingga 67 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan; polis tekankan tindakan telus.

Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Mohd Khairi Shafie berkata, seorang lelaki berusia 36 tahun akan didakwa di Mahkamah Tumpat pada 19 April ini mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis menerima laporan kejadian itu pada 1 April lalu kira-kira 12.45 tengah malam, dan kes turut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham keluarga yang membawa kepada pergaduhan melibatkan kedua-dua pihak,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

“Seramai 11 individu berumur antara 18 hingga 67 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Polis menegaskan tindakan sewajarnya telah diambil secara telus, profesional dan menyeluruh bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau belum disahkan oleh pihak berkuasa.