Kes alam sekitar : Kedah kutip denda lebih RM1 juta, 32 pertuduhan

Foto hiasan

ALOR SETAR, 16 April – Denda mencecah lebih RM1 juta dikutip tahun lalu di Kedah daripada 32 pertuduhan yang disabitkan kesalahan di mahkamah bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • JAS Kedah mendaftar 37 pertuduhan berhubung kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
  • Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara serius dan memberi impak tinggi dalam menangani jenayah alam sekitar.
  • Operasi bukan sekadar pemeriksaan rutin tetapi tegas, menyeluruh dan berfokus bagi memastikan pematuhan penuh.
  • Pemantauan dan penguatkuasaan dipergiat, tindakan lebih tegas termasuk pendakwaan dan Op Hazard 3.0 fokus kepada e-waste bersama Pasukan Gerakan Am.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya telah mendaftarkan 37 pertuduhan pada tahun terbabit.

Katanya, ia jelas menunjukkan bahawa tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah serius dan berimpak tinggi dalam menangani jenayah alam sekitar.

Tegasnya, pelaksanaan operasi-operasi ini bukanlah sekadar pemeriksaan rutin, malah merupakan satu tindakan penguatkuasaan yang tegas, menyeluruh dan berfokus bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya.

Pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa dan tindakan lebih tegas termasuk pendakwaan akan diambil terhadap pihak yang ingkar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Petugas Operasi & Ramah Mesra JAS Kedah 2026 .

Antara operasi yang dijalankan Op Hazard 3.0 yang memfokuskan kepada penguatkuasaan e-waste telah dilaksanakan dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am.