
KOTA KINABALU, 16 April – Kesefahaman yang terjalin antara kepimpinan negeri Sabah dengan persekutuan membolehkan segala usaha pembangunan yang dirancang digerakkan dengan lebih lancar, demi kesejahteraan rakyat.
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya.
- Kehadiran beliau bertujuan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) kepada negeri.
- Beliau menyerahkan nota rasmi pelaksanaan projek BALB bagi pihak KKDW kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di kediaman rasmi beliau di Sri Gaya di sini.
“Kehadiran saya ke Sabah kali ini adalah bagi memenuhi agenda mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) kepada negeri ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam pertemuan malam tadi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menyerahkan nota rasmi pelaksanaan projek BALB bagi pihak KKDW kepada Datuk Seri Hajiji.