Calon PH tawar khidmat ambulans di DUN Bukit Naning

Foto fail

MUAR, 5 Julai – Perkhidmatan ambulans percuma bakal ditawarkan kepada penduduk di Dewan Negeri (DUN) Bukit Naning jika berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai nanti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Calon PH kata perkhidmatan ambulans penting untuk meringankan beban masyarakat, terutamanya warga emas.
  • Penduduk kini terpaksa menyewa ambulans swasta, kos sekitar RM400 sekali hantar, membebankan keluarga.
  • Md. Ysahrudin mahu atasi jalan kampung gelap dan masalah haiwan liar yang ganggu keselamatan dan merosakkan tanaman.

Itu janji calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN berkenaan, Md. Ysahrudin Kusni.

Katanya, perkhidmatan itu penting bagi meringankan beban masyarakat, khusus warga emas.

Ketika ini, penduduk di kawasan berkenaan menghadapi isu mendapatkan perkhidmatan ambulans sehingga terpaksa menggunakan khidmat ambulans swasta.

“Jadi masalah itu membebankan masyarakat kerana terpaksa menyewa ambulans swasta. Kita tahulah ambulans swasta, sekali hantar RM400…kalau tiga kali hantar RM1,200. Jadi saya fikir nak menawarkan ambulans buat Pusat Wakil Rakyat DUN Bukit Naning,” katanya.

Beliau berkata dianggarkan 20 peratus daripada 23,000 penduduk di DUN tersebut adalah warga emas.

Selain itu Md. Ysahrudin juga mahu menumpukan kepada isu membabitkan keadaan jalan kampung yang gelap, serta masalah haiwan liar yang mengganggu ketenteraman penduduk serta merosakkan tanaman.

Beliau berkata demikian kepada media semasa Kenduri Doa Selamat dan Tahlil di Parit Jepon di sini bersama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.