Suara anak muda mampu pacu pembangunan seimbang di Johor

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 5 Julai – Johor memerlukan pembangunan yang lebih seimbang meliputi kawasan luar bandar dan kampung, di samping meneruskan pelaksanaan projek berimpak tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar menyeru rakyat memilih pemimpin berani dan calon muda yang menyuarakan pandangan rakyat untuk mengatur masa depan Johor.
  • Pembangunan mesti bukan hanya projek mega tetapi penyediaan kemudahan asas seperti rumah mampu milik, sekolah, gerai dan dewan masyarakat.
  • Beliau mahu Malaysia gagah, dihormati dan rakyat terbela sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri.

Ke arah merealisasikan hasrat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sokongan rakyat dituntut untuk memilih pemimpin yang berani, tegas serta mampu membawa suara dan pandangan mereka.

“Kita perlu melantik anak muda dan calon yang membawa mesej serta pandangan rakyat. Hanya dengan cara itu kita boleh mengatur negeri Johor ini,” katanya ketika berucap pada program Kita Geng MADANI Johor: Malam Anak Muda Kempas di sini.

Turut hadir calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Negeri (DUN) Kempas Muhammad Faezuddin Mohd Puad.

Tambah beliau lagi, pembangunan negeri tidak seharusnya hanya tertumpu kepada projek mega, sebaliknya perlu diterjemahkan menerusi penyediaan kemudahan asas yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat seperti rumah mampu milik, sekolah, gerai, dewan masyarakat dan kemudahan awam lain.

Datuk Seri Anwar turut berkongsikan hasrat untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang gagah dan dihormati sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri.

“Saya nak Malaysia itu gagah, negara hebat dan rakyat terbela,” kata beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.