Lebih 1,000 unit barangan guna cap dagangan berdaftar disita

Foto Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak

IPOH, 9 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menemukan sebanyak 1,107 unit barangan disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar yang dipakaikan secara salah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Barangan dan dokumen disita untuk siasatan lanjut; nilai rampasan dianggarkan RM21,415.
  • Operasi dijalankan susulan aduan wakil pemilik cap dagang.
  • Syarikat boleh didenda sehingga RM15,000 setiap barangan; individu sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun.

Pengarah KPDN Negeri, Datuk Kamalludin Ismail dalam kenyataan memaklumkan, kesemua barangan dan dokumen berkaitan telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan dianggarkan RM21,415.

Operasi sekitar pukul 11.40 pagi pada Rabu dijalankan susulan aduan wakil pemilik cap dagang.

“KPDN Perak menemukan sebanyak 1,107 barangan disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar yang dipakaikan secara salah di sebuah premis di Ipoh.

“Wakil syarikat cap dagang turut mengesahkan secara awal bahawa barangan tersebut disyaki tiruan,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan sekiranya sabit kesalahan, syarikat boleh didenda sehingga RM15,000 bagi setiap barangan atau RM30,000 bagi kesalahan berulang.

Manakala individu boleh didenda sehingga RM10,000bagi setiap barangan atau dipenjara sehingga tiga tahun.