
KUALA LUMPUR, 30 April – Kerajaan bekerjasama rapat dengan negara-negara sahabat bagi memastikan penahanan 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) oleh rejim Zionis, dibebaskan segera.
- Perdana Menteri mengecam keras tindakan ganas tentera Israel terhadap misi kemanusiaan di perairan antarabangsa.
- Kerajaan mendesak semua pihak bertindak segera dan memastikan tiada tindakan keras terhadap para aktivis.
- Keselamatan semua aktivis mesti dijamin tanpa kompromi.
- Malaysia menegaskan ihsan kemanusiaan mesti mengatasi perbezaan; negara terus mempertahankan prinsip tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada masa sama, mengecam keras tindakan ganas tentera Israel terhadap misi kemanusiaan itu di perairan antarabangsa.
“Kuala Lumpur mendesak semua pihak bertindak dengan segera dan memastikan tiada sebarang tindakan keras dikenakan terhadap semua para aktivis, termasuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan dan terputus hubungan.
“Keselamatan kesemua mereka mesti dijamin tanpa kompromi,” katanya menerusi hantaran di Facebook ketika menghubungi Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby.
Datuk Seri Anwar yang juga Penaung Sumud Nusantara mengakui dalam situasi ketika ini, ihsan kemanusiaan perlu mengatasi semua perbezaan dan Malaysia terus berdiri teguh mempertahankan prinsip tersebut.