Serangan Amerika Syarikat-Israel di luar Tehran ragut 18 nyawa

Foto AFP

TEHRAN, 7 April – Media Iran pada Selasa melaporkan seramai 18 orang, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dalam serangan di wilayah Alborz yang berjiran dengan ibu negara, Tehran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran mendakwa serangan Amerika Syarikat dan Israel menyasarkan kawasan kediaman.
  • Seramai 24 orang dilaporkan cedera dalam serangan awal pagi itu.
  • Agensi HRANA melaporkan sekurang-kurangnya 3,597 terbunuh, termasuk 1,665 orang awam dan 248 kanak-kanak.

“Serangan Amerika Syarikat-Israel menyasarkan kawasan kediaman dan kematian 18 rakyat kami telah disahkan, termasuk dua kanak-kanak.” Jelas Timbalan Gabenor Wilayah Alborz menurut laporan laman web kehakiman Mizan Online dan agensi berita Fars.

Seramai 24 orang lagi cedera dalam serangan awal pagi itu, tambahnya.

Kerajaan Iran belum mengeluarkan angka korban keseluruhan terkini bagi konflik tersebut berikutan sekatan pelaporan, AFP tidak dapat mengakses lokasi serangan untuk mengesahkan jumlah korban secara bebas di Iran.

Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia (HRANA) yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada 6 April melaporkan sekurang-kurangnya 3,597 orang terbunuh, termasuk 1,665 orang awam antaranya sekurang-kurangnya 248 kanak-kanak selain 1,221 anggota tentera dan 711 individu yang statusnya belum dikenal pasti.-AFP