Krisis tenaga Asia Barat tekan ekonomi Jerman

Paparan harga petrol dan diesel meningkat di stesen minyak Hamburg, Jerman/Foto REUTERS

BERLIN, 3 April – Krisis tenaga susulan konflik Asia Barat kini memberi tekanan kepada pengguna dan sektor industri di Jerman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Harga minyak dan gas asli meningkat berterusan, dijangka menjejaskan ekonomi Jerman dan pertumbuhan ekonomi global.
  • Hala tuju ekonomi Jerman bergantung pada perkembangan konflik, dengan risiko kekurangan bekalan tenaga berlarutan.
  • Kos sara hidup meningkat; pengguna menghadapi harga bahan api lebih tinggi dan mengurangkan perbelanjaan lain.
  • Gangguan di Selat Hormuz memburukkan bekalan minyak, menjejaskan keyakinan pasaran dan menurunkan unjuran institusi penyelidikan.

Kenaikan harga minyak dan gas asli yang berterusan dijangka menjejaskan ekonomi negara itu, selain memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

Pakar ekonomi menyatakan hala tuju ekonomi Jerman banyak bergantung kepada perkembangan konflik, dengan risiko kekurangan bekalan tenaga dijangka berlarutan.

Situasi itu menyebabkan kos sara hidup meningkat, apabila rakyat terkesan dengan harga bahan api lebih tinggi dan mempunyai kurang perbelanjaan untuk keperluan lain.

Penganalisis turut menjangka perbelanjaan pengguna akan merosot sekali gus melemahkan pertumbuhan ekonomi negara itu.

Dalam masa sama, keyakinan perniagaan dan pasaran kewangan turut terjejas, menyebabkan beberapa institut penyelidikan menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Jerman.

Gangguan laluan perkapalan di Selat Hormuz yang menjadi laluan utama minyak dunia turut memburukkan keadaan, susulan sekatan dan tindakan balas Iran terhadap operasi Amerika Syarikat dan Israel. – REUTERS